Sunday, December 19, 2010




Posted by Picasa

Monday, December 6, 2010

Skim Amanah Hartanah Bumiputera

AHB dilabur dalam 5 hartanah iaitu, hartanah yang bernilai RM1 bilion iaitu CP Tower di Damansara, Wisma Consplant di Subang Jaya, bangunan Tesco di Setia Alam, Kompleks Industri di Shah Alam dan Menara SPRM dekat Putrajaya.

Beberapa ciri AHB yang menarik:
1) Pelaburan minima hanya RM500
2) Pelaburan maksima RM200k (sama seperti ASB)
3) Dijangka memberi dividen tidak kurang 6% (sama seperti ASB)
4) Harga belian dan jualan yang sama, iaitu RM1 seunit (sama spt ASB)
5) Boleh dijual (keluarkan duit) pada bila-bila masa (sama spt ASB), tetapi hanya sekali sebulan (ASB unlimited kali)
6)Syariah
7) Memberi dividen 2 kali setahun

Friday, December 3, 2010

sajak Melayu

Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara..

sajak Melayu

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Dalam sejarahnya

sajak Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Pendekar Laut

Posted by Picasa




Posted by Picasa